Wednesday 2 February 2011

SEDIH OH SEDIH

Assalamualaikum. Hi hi hi and hi. Lamanyeeee la aku tak menghapdet belog ni kan. Sejak tak sihat tu, aku hilang ingatan jap pasal blog aku. Tiba2 hari ni teringat pulak "eh aku ada blog laaa." (ok tipu, sebenarnya aku malas) Gambar pun aku macam malas pulak nak upload buat masa skarang ni. Tengah berduka ni. Uhuk uhuk uhuk. Ehh bukan sebab putus cinta ye. Jangan salah pahammm. Satu sekolah berduka sekarang.

Nak tau kenapa? Sebabbbbb Guru Besar sekolah kitorang dah kena pindah sekolah lain. Tiba2 pulak tu. Semua terkejut. Nak2 tuan badan. Wuwuwuwuuw. Sedih sedih. Tapi apakan daya, terpaksa direlakan. Dan nantikan sahaja Guru Besar yang baru.

Semoga En. Bustami b. Hassan happy di sekolah baru nanti. Kami sentiasa doakan cikgu. Semoga jumpa lagi.