Haaa kalau dah cakap pasal badan tu, ko paham2 je la kan. Mesti la pasal anggota badan, deria bla bla bla. Hari ni aktiviti aku adalah berlari-lari bersama anak-anak baru tahun ni. Hehehe. Macam-macam kerenahhhh. Korang paham2 je la budak kan. Memang favourite diorang lah kalau berlari tuu. So, hari ni adalah hari-biar-diorang-penat. Kehkehkeh. Tak lama, lebih kurang 30 minit je kat padang pagi tadi. Takmau la lama-lama sangat, kang ada pulak yang pengsan. Tak budak-budak yang pengsan, aku ni ha yang pengsan silap2 haribulan. Kohkohkoh.
Lepas aktiviti luar, masuk kelas rehat-rehat hilangkan haus bagai then teruskan semula aktiviti belajar seperti biasa. Mari buat garis huruf. Haaa memang genius akak JU yang perkenalkan method garis huruf ni untuk budak-budak cepat kenal huruf dan jugak boleh menulis huruf dengan betul. Takde la tulis-asalkan-jadi. Aku baru nak cuba tahun ni sebab tahun lepas aku rasa hidup aku berserabut dan masih berada di awangan. Jadi sampaikan benda yang begitu mudah ni aku tak nampak2. Terperappp je laa dalam kelas. Oh sungguh aku berada dalam kerugian. Tapi takpe lah, benda dah lepas. Tak usah ku kenang lagi.
Eh sabar ye, nanti aku tunjuk la macamana rupa garis-garis huruf tu. (yeye je kan aku ni, macam la ada orang nak tau sangat apakebende garis huruf tu) Ahhh takpe, aku nak tunjuk jugakkk. Tak kira. Kasi aku membebel dulu.
Dah siap buat garis huruf, ayuhlah berehat dan makan-makan. Sesudah rehat, aku ada projek baikkk punya hari ni. Projek tersebut adalahhhhhhh
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Eh sabar la okayy. :P
Tadaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa~~~~
Haaaaa. Main bedah bedah! Eh bukan main Makcik Bedah yee. Main bedah2. Eheks. Bukan main bedah2 punnn sebenarnya. Aku tipu je. Tapi macam best jugak nanti kalau main doktor2 masa tema pekerjaan nanti kan. Ehhh ok2 jom sambung cerita pasal aktiviti ni. Aku mintak budak2 trace body kawan2 yang menjadi mangsa atas meja tu. Aku bahagikan budak2 ni kepada 3 kumpulan. Suruh diorang namakan sendiri kumpulan masing2. Gambar yang atas tu adalah Kumpulan Telinga.
Yang ini pulak Kumpulan Mata
Dannnn ini pulak Kumpulan Kepala. Hamboii bukan main lagi cik abang yang atas meja tu. Ada gaya nak kena bedah keee? :P
Over all, aku nampak budak2 sangat sukaaaaaaaaaaaaa buat aktiviti ni. Tahun lepas aku tak buat. As i said earlier kan, aku masih di awang-awangan tahun lepas. Melayang-layang bak kertas yang ditiup angin kencang. Wah wah wah. Bukan main lagi aku exaggerate kan. Kehkehkeh. Ok la, aku tau kalau aku membebel lagi, ramai pulak terus click X kat tepi belah atas tu. Aku kasi layan gambarrrr je la ye. Zassss~~
Haa copek copek Kumpulan Mata. Oh sebelum aku terlupa. Mangsa kejadian yang telah digunakan oleh ahli kumpulan beramai-ramai itu ku berikan kerja mengikut semula garisan badan tu guna marker pen. Manakala ahli-ahli perniagaan kumpulan yang lain silalah menambah anggota seperti mata, mulut, telinga etc.
Yaa kita masih lagi berada di Kumpulan Mata mata ye rakan2 sekalian. Harap bersabarrrrr.
Ok marilah kita beralih ke Kumpulan Telinga. Haa ada yang curik tulang ni. Apa yang pentingggggg?? KERJASAMA! Korang jugakk yang cakap tadi sebelum buat keje2 ni kann? Nak kene ni budak2 aku ni.
Eh apasal aku banyak sangat amik gambar Kumpulan Mata ni? Baru aku perasan. Ah layan je laaaahhhhh.
Kumpulan Mata mata lagi.
Haa akhirnya muncul pun balik gambar Kumpulan Telinga. Kesiannya laaa Kumpulan Kepala. Mano la gambar korang niii.
Opsss ni haa rupanyaaa. Ok mari intai2 sikit keje budak2 Kumpulan Kepala ni. Adakah mereka ada yang naik kepala? Oh ada ada. Ada yang berangan di situ. Ada yang bersemangat naik sama dengan abang yang menjadi mangsa tadi. Oh oh sebelum aku terlupa lagi. Yang bertudung oren dua orang itu kembar tauuu. Baruuu 5 tahun umur. Comel kan? Hehe. First time handle twin. So far so good. Pemalu sedikit la tapi dua beradik ni. Tapi malu bila time dalam kelas je laa. Jumpa aku kat bilik guru tak malu2 dah. Siap poke aku plak lagi. :P
Ya ampunnnn. Sekali lagi gambau Kumpulan Mata mata menghiasi lensa kamera aku.
Ok. Kembali ke Kumpulan Kepala. Hoi la cik abang tuuu tak sudah2 la berangannnnnn. (>.<)!!
Cepat! Cepat!
Haa tengokkkk. Kumpulan Mata mata nampak gaya sudah mendahului pertandingannn. Kenapa? Sebab mereka berkerjasama dengan baik. I very the like. :D Good job Kumpulan Mata mata. :D
Intai lagi Kumpulan Kepala. Oh masih di tangan. Cepat sayanggg cepattt.
Jeng jeng jenggg. Sungguh tinggi semangat bekerjasama Kumpulan Mata niiii. Dah nak siapppp dah tu.
Oh oh oh. Cepat abang cepatt. Yang lain jangan tengokkk je bolehhh?
Suasana begitu sengit tatkala ini. Dan jugak bingit. Sebabbb aku hantar pasukan sorak untuk setiap kumpulan supaya lebih bersemangat dan cepat sikit siap kojo tu. Nampak tak ada yang tutup telinga? Bajet2 bising la tuuuu. Hahah.
Haa nampakkk? nampakkk? Sampai tertonggeng2 akak ni membuat keje dengan tekun. Dah siap ke tuu?
Kumpulan Telinga nampak gayanya mengejar Kumpulan Mata. Come on bebeh come onnn.
Kumpulan Kepala. Apa sudah jadi dengan kaki tuuu? Kenapa menggerutu tuu? Hahah. Menggigil ke kau masa trace body line tuu yang?
Eh orang lain pulak menutup telinga. Ececeeceyy bukan main lagi kau ye. Aku suruh bersorak, kau tutup telinga.
Hehe kelakar la kumpulan ni. Aku speechless.
Yeayy yeayy Kumpulan Mata dah nak siapp. Nampak gaya Kumpulan Mata mendahului. Tahniah!
Kumpulan Kepala masih lagi dalam proses.
Dan lagi..
Yaaaa ini diaaa kumpulan pertama yang berjaya menyiapkan tugasann. Alhamdulillah. :D Cececeyyy semua muka happyyyy je. :D
Haa ini la orang daripada Kumpulan Kepala. Kihkihkih. Mendapat tempat kedua walaupun nampak macam lambat tadi kan.
Anddd finally Kumpulan Telinga. Hehe
Ayuhh. Mari kita dengar penjelasan daripada setiap kumpulan tentang hasil kerja kumpulan masing-masing.
Dimulakan dengan Kumpulan Kepala. Masa ni ahli kumpulan lain tanya "Eh, mana awak punya kuku? Mana jari kaki awak?" Kahkahkah. Patot laaa cepattt daripada Kumpulan Telinga. Rupanya ada rahsia di sebaliknyeee. :P
Jommm beralih ke Kumpulan Telinga pulak. Ha kau tengok. Bukan main lawa lagi siap pipi tu macam pakai blusher. Pengaruh mekap la niii. Ada leher, senyum siap bergigi. Dahi pun adaa. Belum rambut lagiii. Lengkap!
Masih lagi di Kumpulan Telinga.
Ok. Lets go to Kumpulan Mata. Mari dengar penjelasan mereka pula.
Ntah dengar tah tidak tu masing2 apa yang kawan tu dok terang.
Kesimpulan daripada aktiviti ni, aku dapat tengok budak2 yang macam2 ragam bila buat keje berkumpulan ni. Paham2 je la kanak2 dipenuhi dengan sifat egosentrik kan. Jadi kalau boleh semuaaa lah dia punya, semua lah dia je boleh buat. Pendek kata, semua benda dalam dunia ni dia punya, dia tau. :P Dunia budak. Biasa lah. Lama-kelamaan akan hilang jugak. Tapi daripada aktiviti berkumpulan ni jugak mengajar diorang erti kerjasama, sabar, tolak ansur, bertanggungjawab dan macam2 lagi. Rasanya korang pun boleh fikir kan. :D Heheh. So ok lah. Keje penting aku tiap2 hari ni aku tak buat lagi. Leka nak berbeloggg pulak. Inshallah aku update lagi bila ada cerita menarik.
Till then!
p/s: Ada jugak budak lukis "bird" tadi. Nasibbbbbbbbbbbbbb lah aku perasannnnnnn. Kalau takkkk. Kumpulan mana ko nak tau? Biarlah jadi rahsia aku. Heheheh. Like u care. ;)
HAHAHA apesal kau tak snap gambar 'bird' tuuu? tak sporting lahh cekgu niii.
ReplyDeletebahayaaaaa untuk tontonan umum. nanti blog aku orang ingat spam pulak. hahahahaha
ReplyDelete