Baiklah, mari kita bercerita tentang apa yang aku dan anak2 buat hari ni. Errr malam semalam tiba2 aku dapat idea nak main cap jari dengan budak2 ni guna water colour. Dan semasa berangan-angan tu jugak aku dah dapat membayangkan betapa kotornya budak2 ni nanti jadinye. Dan hasilnya adalah agak tepat jangkaan itu. :P
Tapi kan, yang 'best'nye aku tak amik gambau la pulakkk masa diorang buat cap2 jari ni. Sebab aku pun sama naik dengan budak2 ni. Yela, aku suruh guna berus tu warnakan ibu jari, ada yang terlebih bijak ni pegi warna bibir. Apa ko ingat itu lepstekkkk ke budakkkkkk? Nampak budak tu pun beso kecik beso kecikkkkkk je. Penyudahnya aku pun sama2 join lah diorang buat mendalah ni. Eh tapi seronokkkk. Cuma part yang tak seronok tu bila ko tengok baju diorang kotor lah. Eh tapi takpe kan, dalam iklan milo ke apa ntah tu yang cakap let them explore. The more they explore, the more they learn. Maka, lantak la situ baju kau kotor pun. Asalkan pelajaran tu bermakna buat kau. Kan? Kan?
Time aktiviti ni macam2 lah kau boleh dengar budak2 ni omelkan. Ada yang kata "Saya akan cipta lorong2 paling hebat di alam ini" Wah wah wahh. Bukan main lagi kau ye bang. Ayat sungguh power. Sape ntah ajor ni. Tapi takpe, daripada guna bahasa tunggang langgang, lebih baik lah kau bina ayat2 power macam tu. Hmm.. aktiviti mengecap ni penyudahnya adalah aktiviti melukis bebas bagi sesetengah budak yang terlampau gemar menconteng sana sini. Aku biarkan je. Nama pun memang nak bagi diorang kenal2 macamana nak guna water colour, nak handle berus, bla bla bla. Esok lusa tak ikut arahan jugak siaplah kena telannnn. Bolehh?
Since gambar pun takde nak cerita panjang2, aku tau korang yang baca pun akan bosan. Betul tak? Meh lah aku cerita hal lain pulak yang jadi kat sekolah aku. Sila rujuk tajuk di atas itu ye. Misi yang aku maksudkan tu bukan lah misi mencari harta karun ke apa. Tapi misi nurse. Haaa budak2 nak sebut jururawat tu macam payah sangat kan, maka nurse2 tu pun ajar la panggil misi. Layannnn je lahhhh.
Aku sebenarnya lupa sangat2 misi nak datang hari ni. Semalam aku dapat tau pun masa dah nak balik sekolah. Kebetulan aku merayau2 di sekitar sekolah. Dan kebetulan pulak GPK ada di tempat kejadian lalu bertanyalah pada misi bila nak pegi kat pra. Aku pun dengar saje lahhh misi tu cakap "esok". Pastu memang aku terlupaaaaaaaaaaaaaaaa. Tiba2 pagi tadi masa aku dok basuh tempat bancuh water colour tu tiba2 aku ternampak 4x4 kesihatan. Terussss lah aku teringat akan hal semalam. Oh oh oh. Masa tu ustazah tengah ajar budak2. So, aku pun berlari2
Oh ye, tujuan misi datang ke prasekolah adalah untuk menerangkan pada kanak2 tentang bahaya cacing jika sudah termasuk dalam perut. Haaa sampai nganga dengar misi cerita. Mana yang tahun lepas dah jumpa misi tu siap cakap "Tahun lepas pun misi dah tunjuk dah ni". Heheheh. Nasib lah misi. Budak2 memang lah sebegitu. Ingatan kuat sangattt kalau benda2 visual ni. Tapi cuba kau kasi dia ABC, harammm nak ingat sampai tahun depan kalau tak ulang2.
Aku bersyukur lahh budak2 aku takde buat perangai masa makan ubat cacing tu. Tahun lepas misi bagi ubat macam gula2 kena kunyah. Ada yang buat slumberrr je pegi campak dalam tong sampah. Apa kau ingat misi suruh kau kunyah dan campak kalau tak sedap keee? Hihi. Tapi tu tahun lepas lahh. Tahun ni ubat adalah dalam bentuk liquid ye puan2 dan tuan2. Dan yang lagi best misi tu suapkan untuk ko. Bukan sendiri. Sebabnye kalau suruh ko sendiri yang tuang dalam mulut, alamatnye takkan masuk2 lah ubat tu. Ko peganggg je lah botol tu kan. Jadi, misi2 ini membuat tindakan lebih bijak dengan tolong tuangkan ubat dalam mulut budak2 ni. Bagus. I like. Very the like. Lagi2 bila part muka kelat lepas telan ubat. Hahah. Siannn muka masing2 ketatttt je.
Tu lah, masa misi tu terangkan ko bukan main lagi pok pek pok pek menjawab. Siap cerita macamana cacing masuk perut lah. Bla bla bla. Haaaa kan bila misi kasi ko ubat, terusss ko diamm. Hamekkkkk. Eh dah lah, aku nak buat keje penting aku setiap hari. Kang tak siap kojo, susah ati lak aku nak pegi skolah sok. Layan gambar misi2 je lah ye malam ni. Adiosss. Zasss~~
Sila duduk dalam barisannnn!!
Ye tu diaa. Penerangan sudah bermulaa.
Manakalah misi2 lain standby untuk rekod tinggi dengan berat budak. Dan jugak standby nak tuangkan obat dalam molot budak.
Sila berikan tumpuan anda ye tuan2 dan puan2 sekelian.
Haa tengok tu cacing2 yang ada dalam perut kalau tak basuh tangan, bla bla bla.
Sesudah ceramah pendek, sesi soal jawab serta merekod berat dan tinggi pulak dijalankan ye kawan2.
Ada sakit dada? Demam? bla bla bla.
Oh sedapnye obatttttt.
Slurpssss.
Check bcg pulak ye.
Sila tunggu untuk makan obat.
Kutu ada?
Nganga luas2 supaya cepat sikit obat tu terus masuk dalam tekak kauuuu.
Ok lah, tu je gambar2. Aku rasa macam ada yang termiss je ni. Tapi biar je lah. Aku malas dah nak upload lagi. Penat nak nunggu. So, i'll see u soon! Tata titi tutuuuu~~
No comments:
Post a Comment