Thursday, 17 March 2011

TERBANG JAUH

Cuba ku gapai
Angin yang lalu
Tangan tak sampai
Rebah di situ

Ke mana perginya
Mentari hati
Yang dulunya bercahaya
Kini mati

Pulanglah mentari
Pulanglah ke sini
Terangilah kembali
Hati yang mati


Nukilan hati: AlifahDzulkefli (17032011 8:00pm)

Monday, 14 March 2011

WE WILL PRAY FOR YOU

Assalamualaikum. Haihhh tak tau nak cakap macamana. Tapi aku rasa sangat simpati pada umat Islam yang ada di Jepun. Tak terkecuali penduduk Jepun yang kita semua maklum dilanda bencana besar Jumaat baru ni. Daripada hal tu, kita semua boleh nampak kuasa Allah yang tiada tandingannya kan. Secanggih mana pun teknologi yang kita ada, takkan dapat mengatasi kuasa Allah yang satu.

Hmm... aku ada kawan yang sekarang ni menetap di Jepun bersama suami. Tolong doakan sama2 ye kawan2 semua. Harapan agar semua rakyat Jepun di sana khususnya orang Islam dilindungi oleh Allah daripada kejadian yang kita semua tak tergambar akan terjadi. Aminn. We will always pray for u. Allahu Akbar!

Saturday, 12 March 2011

MELAKA SUDAAA

Assalamualaikum yawwwwww. How au u? Eh silap2. Mentang2 aku kat Melaka, slang teros tukarrr. Memang nak mintak penampor jepun daripada orang Melaka. Hihi. Ampun orang Melaka, ampunnnn! Ok ok how r u there? Hopefully everything's fine huh. :)

Hmm aku dah ada kat Melaka ni. Baruu je sampai pukul 3 lebih tadi. Esok nak pegi Batu Pahat pulak. Wedding kawan aku yang aku cakap tu. Hihi tak sabar tak sabar tak sabar. Yeayyyy~~

Malam ni nak kena pegi carik hadiah. Semalam aku cari, tak jumpa. Hampeh je semua tak lawa. Hihih. Malam ni operasi akan bermula seawal jam 8 ye tuan2 puan2. Harap2 jumpa lahh.

Ok lah aku penat. Aku nak berehat. Esok kalau rajin aku update pasal wedding kawan aku tu ye. Till then! :)

Friday, 11 March 2011

APA PUNYA VAN DAA

Assalamualaikum. Yuhuuuuu~~ Mak dah selamat sampai di bumi Klang yang tercinta ni nokk. Dah 2 bulan tak balik. Oh betapa excitednye aku pagi tadi bangun awal mengenangkan hari ni nak balik rumah. Hihi. Alhamdulillahhhh selamat semuanya. Sampai dekat pukul 4pm tadi. Sepanjang jalan adalah hujan. Ada tempat lebat, ada tempat gerimis.

Ohhh tadi aku hampir2 eksiden weh. Kan lepas terowong Karak tu curam sangat kan, aku masa tu dah amik lane kanan sekali sebab kereta depan lambat. But then aku pun takde la laju setakat 80km/h je. Tiba2 kereta belah kiri aku brake2 pulak. Apahal? Jem ke kat depan? Sekali kauuu. Ada satu van Tiong Nam yang mempunyai pemandu kurang sivik berenti betul2 depan aku! Kau tak ke rasa nak mampus macam tu? Gila lah. Alhamdulillah aku sempat brek. Kalau tak, berdentum dah kot kat situ. Dia boleh sajakkkkk je stop kat lane paling kanan tu sambil bagi signal nak ke kiri. Eh kau baru bawak kete hari ni ke weh? Dulu masa buat license, instructor kau tak ajar ke macamana nak masuk lane lain? Boleh main stop macam tu je ye? Gila! Dah la lane laju. Kau pulak pegi berenti situ. Tension aku. Mujur jugak aku pelahan since hari hujan dan memang turun tu sangat curam.

Dalam pada marah tu, aku ada terfikir beberapa teori sempena van Tiong Nam tu duduk diam kat situ. Mari kita lihat beberapa kemungkinan baik dan jahat yang muncul dalam kepala otak aku tadi.

1. Mungkinkah kau terkejut nampak hantu kat jalan tu lalu untuk mengelakkan kecelakaan terhadap kau, maka kau stop secara tiba2? (ada ke hantu siang hari di highway??)

2. Mungkinkah kau sakit perut sampai terpaksa berentikan van kau kat situ jugak tanpa menghiraukan keselamatan diri sendiri dan orang lain?

3. Mungkinkah van kau rosak? (tak mungkin, sebab elok je aku tengok kau bawak)

4. Mungkinkah kau saje2 nak rasa seronok tengok eksiden? (ada ke orang macam ni??)

5. Mungkinkah kau nak mintak penampar dari aku? (kalau aku langgar van kau tadi, memang aku rasa nak bagi kaki aku sekali)

6. Mungkinkah kau baru belajar bawak van turun cerun? (what the... tak mungkin lahh)

Akhir sekali, mungkinkah kau tak pandai bawak van tu sebenarnye? (yaaaa ini pasti! sebab kalau kau pandai memandu, tak mungkin kau stop tanpa ada apa2 masalah kat lane paling kanan tu yang semua orang sedia tau lane untuk laju)

Jadi adik2 sekalian, tolonglah bawak kete tu elok2. Jangan main tarammm je sampai nyusahkan orang lain ye. Kalau agak2 tak biasa dengan jalan tu, silalah amik lane tengah atau kiri. Aku nasib tak terkencing je kat dalam kete tu sebab terlampau terkejut. Kereta belakang aku pun laju wehhh. Tak pasal2 aku jadi sadin cap Tiong Nam. Tapi, syukur lah tak jadi apa2. Allah masih nak aku hidup. :) Eh dah la malas nak cite pasal ni. Baik aku cite pasal cuti ni nak buat apa.

Apa eh nak buat cuti sekolah 9 hari ni? Agak2 kalau aku buat list lagi boleh tak? Hikhik. Ah malas lah pulak. Tapi yang pasti esok aku pegi Melaka, Ahad pegi Johor for my best friend's wedding reception belah laki dia. Woohoo~! Can't wait for this Sunday babe. :) Isnin inshallah balik semula sini dan . . . . . hehheehe. (senyum sendiri) ;b

So ok lah. Setakat ni dulu ye. Kalau takde apa2 cuti ni aku nak membayar hutang menepek gambar pasal sekolah kat blog ni. :D Till then!

KEBEST-AN TAHAP MELAMPAU

Assalamualaikum. Woahhhh~~ (menguap gaya badak sambil tutup mulut) Hari ni adalah hari paling best kat sekolah. Kenapa best? Dah tentu2 sekolah jadi best sebab ada aku. Maka, itu je lah aku nak bagitau. Sekian. Babai.































Hahaha. Sakit jiwa punya statement kan? Padahal budak2 suka sangat kalau aku takde. Tapi diorang akan lagi sukaaaa sampai terkinja2 kalau aku ada. Ok tak kelakar. Sila lah lempang aku laju2. Hmmm sebenarnya hari ni yang buat jadi best adalah HARI-INI-HARI-TAK PAYAH-BELAJAR-AYUH-KITA-BERSUKA-RIA. Kihkihkih. Ok la ok la get to the point Alifah! Yang sebenar benar adalahhhh hari ni kami guru SK Kuala Sentol membuat majlis meraikan En. Bustami b. Hassan (mantan GB SKKS), Tuan Haji Sa'don b. Samingan (mantan GPK1 SKKS), Pn. Tuan Azizan Salikun bt. Tuan Mansor (mantan YDP KGKT SKKS), pakcik jaga, dan juga warga baru sekolah. :)

Aktiviti hari ini sangattttt menarik sebabbb pagi2 seekor lembu sudah menjadi mangsa kami. Hihi. Cikgu2 lelaki handle segala urusan menyembelih sampai la melapah dan mendadu2 daging tersebut ye tuan2 dan puan2 semua. Manakala cikgi2 pula ditugaskan membuat air, memotong segala macam jenis bahan-yang-kau-biasa-guna-untuk-masak, menanak nasi dsb. Well, aku prefer bab2 memotong since aku tak reti nak buat2 air kopi segala ni. Sorry lah ye. Malang sape kawin dengan aku ni. Hahah. (nak jugak mention belum kawin T__T)

Jadi tuan2, puan2, cik2, encik2, pakcik, makcik, adik, kakak, abang, atuk, opah (aku cepat je melencong. tolonglah tamparrr) cerita banyak tak guna kan. Marilah melayan gambar. ZasssSSS~~












































Haa dah siap pun. Punya lah lama aku tunggu. Sekarang ni aku nak tido. Mengantuk. Esok lusa aku letak la caption dia okeyy. Selamat malam semua. Mimpi indah. Assalamualaikum.

p/s: tak sabar nak tunggu esok! CUTI SEKOLAH! Yahuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu~~ (sambil bergelek2)

Wednesday, 9 March 2011

PERPINDAHAN URL

Assalamualaikum. Atas sebab kegedikan melampau, aku tukar pulak url blog pra aku. Bukannya apa, kot2 nanti aku dah tak mengajar kat SK Kuala Sentol, sape nak handle blog tu? Aku pulak malas nak buat blog baru untuk sekolah baru. Eceyyy cakap ni macam dah dapat pindah je kan. Poyo! (katakan pada diri sendiri hehe)

Lagipun macam tak sesuaiiii je aku nak buat blog untuk sekolah semata sebab aku kadang2 terbabas jugak cite pasal diri aku. Pasal life aku. Bla bla bla. Jadi, adalah lebih baik untuk mempunyai blog suka hati macam ni so that apa yang aku rasa nak cerita aku boleh cerita sambil2 cerita tentang budak2 aku kan. :D Oh happy happy.

Hmmm actually dari hari Isnin sampai Khamis ni (7/3 - 10/3) aku ditugaskan menjadi Urusetia Helwani untuk perkhemahan bersepadu peringkat negeri Pahang ni. Tapi aku pegi lepas waktu sekolah je lah. Aku sayang pulak nak tinggal budak2 lama2. Kalau semua tu dah bijak bestari aku takde la berat hati sangat nak tinggalkan, but sadly budak2 aku belum lagi menunjukkan keajaiban. Tapi takpe, still too early to judge kan. Sebolehnya aku akan buat sehabis baik untuk budak2 tahun ni supaya semua berjaya. Aminnnn. Risau laaahhh.

Hari ni aku tak pegi sekolah. Perut buat hal. Maka hasilnya adalah cherry the berry la ye. Dah la takde signal langsung nak keluar2. Kang tak pasal2 dalam kete aku wangi pulak dengan bau2an semulajadi dari tuuttt tuuttt tuutt. Tak ke haruuu? Kat kete takpe lagi. Kalau kat sekolah jadi macam tu? Tak pasal2 je nanti budak2 jadikan aku contoh untuk diorang berak dalam kelas pulak. Haha. Ok tak kelakar pun. So, today aku dapat MC. Alhamdulillah. Getting better lepas makan obat. Hopefully stop la cherry berry ni so that tomorrow i can go to school and meet my kids. :D

Ok lahh. Aku sebenarnya tengah fikir ni macamana aku nak import posts aku kat blog aku satu lagi tu. Ish! Itu lah yang dinamakan buta IT ye puan2 tuan2 kakak2 abang2 dan adik2 sekalian. Takpe, aku carik jugak. Fighting!

Wednesday, 2 February 2011

SEDIH OH SEDIH

Assalamualaikum. Hi hi hi and hi. Lamanyeeee la aku tak menghapdet belog ni kan. Sejak tak sihat tu, aku hilang ingatan jap pasal blog aku. Tiba2 hari ni teringat pulak "eh aku ada blog laaa." (ok tipu, sebenarnya aku malas) Gambar pun aku macam malas pulak nak upload buat masa skarang ni. Tengah berduka ni. Uhuk uhuk uhuk. Ehh bukan sebab putus cinta ye. Jangan salah pahammm. Satu sekolah berduka sekarang.

Nak tau kenapa? Sebabbbbb Guru Besar sekolah kitorang dah kena pindah sekolah lain. Tiba2 pulak tu. Semua terkejut. Nak2 tuan badan. Wuwuwuwuuw. Sedih sedih. Tapi apakan daya, terpaksa direlakan. Dan nantikan sahaja Guru Besar yang baru.

Semoga En. Bustami b. Hassan happy di sekolah baru nanti. Kami sentiasa doakan cikgu. Semoga jumpa lagi.