Assalamualaikum. Atas sebab kegedikan melampau, aku tukar pulak url blog pra aku. Bukannya apa, kot2 nanti aku dah tak mengajar kat SK Kuala Sentol, sape nak handle blog tu? Aku pulak malas nak buat blog baru untuk sekolah baru. Eceyyy cakap ni macam dah dapat pindah je kan. Poyo! (katakan pada diri sendiri hehe)
Lagipun macam tak sesuaiiii je aku nak buat blog untuk sekolah semata sebab aku kadang2 terbabas jugak cite pasal diri aku. Pasal life aku. Bla bla bla. Jadi, adalah lebih baik untuk mempunyai blog suka hati macam ni so that apa yang aku rasa nak cerita aku boleh cerita sambil2 cerita tentang budak2 aku kan. :D Oh happy happy.
Hmmm actually dari hari Isnin sampai Khamis ni (7/3 - 10/3) aku ditugaskan menjadi Urusetia Helwani untuk perkhemahan bersepadu peringkat negeri Pahang ni. Tapi aku pegi lepas waktu sekolah je lah. Aku sayang pulak nak tinggal budak2 lama2. Kalau semua tu dah bijak bestari aku takde la berat hati sangat nak tinggalkan, but sadly budak2 aku belum lagi menunjukkan keajaiban. Tapi takpe, still too early to judge kan. Sebolehnya aku akan buat sehabis baik untuk budak2 tahun ni supaya semua berjaya. Aminnnn. Risau laaahhh.
Hari ni aku tak pegi sekolah. Perut buat hal. Maka hasilnya adalah cherry the berry la ye. Dah la takde signal langsung nak keluar2. Kang tak pasal2 dalam kete aku wangi pulak dengan bau2an semulajadi dari tuuttt tuuttt tuutt. Tak ke haruuu? Kat kete takpe lagi. Kalau kat sekolah jadi macam tu? Tak pasal2 je nanti budak2 jadikan aku contoh untuk diorang berak dalam kelas pulak. Haha. Ok tak kelakar pun. So, today aku dapat MC. Alhamdulillah. Getting better lepas makan obat. Hopefully stop la cherry berry ni so that tomorrow i can go to school and meet my kids. :D
Ok lahh. Aku sebenarnya tengah fikir ni macamana aku nak import posts aku kat blog aku satu lagi tu. Ish! Itu lah yang dinamakan buta IT ye puan2 tuan2 kakak2 abang2 dan adik2 sekalian. Takpe, aku carik jugak. Fighting!
loerr.. ko hade velog lain rupenye.... hohohO~~
ReplyDeletekohkohkoh. blog2 lama sudah tidak digunapakai. sekarang aku menyesal sebab delete blog dulu. (T__T)
ReplyDelete