Sunday, 20 March 2011

HUWAA WAA WAA

Assalamualaikum. Weh, boleh tak sape2 bagitau kat aku hari ni hari Sabtu? Esok bukan Isnin kan? Hahahaha aku dah saiko ni sebab taknak balik Pahang. Boleh? Tidakkkk tidakkkk. Malasnye laaaa bila dah cuti seminggu ni. :(( Nak memulakan balik tu yang payah tu. Helppp helppppp. Tolonglah patah balik jadi hari Sabtu. Aku belum habis mood cuti. (ok silalah lempang sebab sampai bila pun aku akan cakap cuti tak cukop)

Ada tak sape2 yang sudi menyamar jadi aku kat sekolah esok? Hahaha. Nanda appaaaa punyaaa. Kalau lah sekolah tu bapak aku yang punya, akan aku bagi cutiii sepanjang masa. Eh boleh ke macam tu? Boleh lah, tapi lepas tu takde sape nak hantar anak2 kat skolah aku. Sobab cikgu eyy pemaleh. Hahah. Ok ok ok aku nak balik Pahang la macam ni. Takmau malas2. Tingkatkan semangat Alifah! Go go go~ (walaupun dalam hati sebona eh lain)

Bila jadi macam ni kan, tiba2 aku terfikir untuk mencari suami yang kaya dari segala segi terutama iman lah ofkos. Tapi duit pun kono la ado kan. Kalau laki tak berduit ko nak hidup dengan apa ye tak? Tanya la mana2 perempuan pun, nak ke kawin dengan laki takde apa2? Tentu sekali jawapannya tidak. Maka begitu jualah adanya diri ini. (apahal lak tiba2 aku cerita pasal nak cari laki ni??) Sebenarnya aku nak cakap, aku teringin nak mengajar anak aku sendiri macam mama ni. Menarikkk je aktiviti2 yang mama ni buat dengan anak2 walaupun tak hantar anak2 pegi tadika. Cukup lengkap aktiviti yang mama buat sampai aku rasa kalah cikgu macam aku ni. Hihi. Malu. Malu. Haa tu la dia sebenarnya aku nak cakap. Aku teringin nak buat macam tu. Membesarkan anak2 dengan tangan sendiri. :)

Tapi ada ke kena mengena dengan aku taknak balik Pahang tu? Mesti lah adaaaaaaa. Angan2 tu mesti adaaaaa. Bila angan2, automatically akan ada usaha. Bila ada usaha, insha Allah akan berjaya. Tapi sebelum itu, ayuhlah mencari suami dahulu. (kalau akak aku baca ni mesti dia cakap aku dah gatal nak berlaki)

Ok la ok la back to reality ye. (cakap pada cermin) Buat masa sekarang ni, bersyukur dengan apa yang ada di sekeliling aku kerana tak semua orang mengalami nasib yang sama macam aku kan kan kan? Lain orang lain kesahnye. Jadi, syukurrrr lahh dengan apa yang aku ada sekarang. Ada rezeki, kita upgrade sikit demi sikit. Kalau takde, kita usaha ke arah itu, ye tak? (cuba memotivasikan diri yang basi)

Petang ni lepas Asar insha Allah aku akan bertolak balik Pahang. Hopefully sampai dengan selamat. :) Amin. Ohhh ye, ibu nak ikut hari ni aku balik Pahang. (habislah aku, rumah bersepah tu) Yeayy yeayy~~ Ada la kawan aku nak borak2 kat rumah tu since aku tinggal sorang2 kan. :) Tapi kejap je ibu kat situ. Jumaat dah balik. Next week berikut tu datang semula sebab cousin aku nikah kat Kuantan. :)

Hmmm ok lah. Aku nak mandi dan mereadykan segala benda untuk dibawak balik Pahang. See u there! ;b Have a nice weekend everyone. (walaupun weekend dah nak abis lagi beberapa jam) Kohkohkoh. Assalamualaikum.

p/s: Aku tak jugak upload gambar2 aktiviti sekolah sepanjang bulan 2. Nanti2 aku upload ye. Sorry. ;)

No comments:

Post a Comment