Sunday, 20 March 2011

ABANG

Abang..
Selalu di sampingku
Penyeri hidupku

Abang..
Tak terucap sayangku
Hingga kadang terkelu

Abang..
Kau hadir membawa erti
Membawa sinar melengkapi diri

I love you abang...











































Introduce u my lovely Abang. Heheh.

Assalamualaikum. Wakakaka. Apa? Ingat aku bersajak pasal jantan ke? No no no. Ni pasal kucing kesayangan aku kat Maran ni. :) Aku kasi nama dia Abang sebab masa mula2 aku jumpa dia kat rumah ni dia dua beradik dengan mak dia. Adik dia tu badan kecik, maka panggil la Adik. Tapi sayang, adik hilang tak sampai sebulan aku dengan ex-osmet aku jaga. Ntah mana2 la dia skarang. Maka, dari situlah Abang ni manjaaaaa sangat dengan aku. Dah dia sensorang je kan. Hihi. Bila panggil "Abang..." je dia pun menjerit2 menyahut. Gerammm je aku tengok. :P

Tapi kan, hari tu diorang buat operasi buang kucing kat sini. Sakit betol hati aku. Pasal kucing lain yang buat hal, habis semua kucing diorang nak tangkap. Benci tauuu. Emo aku kejap dengan ketua blok ni. Hihi. 

Abang ni kan, bijakkk sangat tau. Bunyi kereta dengan motor aku dia kenal. Kalau aku balik sekolah tengah hari, dia dah memekak kat tangga tunggu aku. Kadang tu siap sambut aku kat bawah. Naik tangga sama2. Hihi. Romantic kan? Bukan takat bunyik kereta dengan motor je, bunyik kunci rumah aku punnn dia kenal weh. Ada sekali tu kan, aku bawak kete lain kat sini, pastu yang lagi bestnye sekali dengan kunci rumah aku tak bawak. Bodoh gile. Terpaksa lah aku pecah segala pintu nak masuk dalam rumah. Sungguh haru ketika itu. Kaitannya dengan abang adalah, sepanjang aku bawak kete lain dan jugak takde kunci rumah tu, dia tak datang rumah aku! Sabaaaarrrr je lahhh. Sekali satu hari dia nampak kelibat aku kat garage, terus dia memekak panggil. :P Siannn sangat masa tu. Dah macam jejak kasih. Hihi.

Ni tadi ni aku sampai sini kan, langsung takde nampak kelibat kucing2. Pasrahhh dah tadi. Sekali tengah2 aku duduk2 merehatkan badan setelah drive dari Klang tadi, dengar dia memekak dari bawah tu. Aku pun apa lagi, lari la ke pintu sambil panggil2 dia. Berdesup dia datang terossss masuk rumah mintak makan. Siannn lapar sangat rupanya. Sampai licin dia makan. Menambah lak lagi. Hihi. Abang abang. 

Satu lagi pe'el dia kan, kalau aku lamaaaaaaaaaaaaa tak balik Maran ni sebab cuti sekolah, kang bila aku balik haa siap lah kena gigit dulu sebagai ucapan salam dia. Tu tandanya dia marah aku tinggalkan dia lama2. Cute kan? Tapi kalau dia gigit kuat2, memang merasa la penampar jepun aku ni. Tadi pun dia gigit jugak namun sempat ku kuis. :b

Hmm... Ok lah, cukup sampai sini dulu aku cerita pasal abang. Kang ada yang muntah hijau pulak aku cite pasal kucing kan. Tapi apa aku kesah, dah aku memang sayang kucing. What to do? Huhu. Lagipun hari sudah malam, aku mahu rest dan tidurrrr. Jom!

Nitey nite everyone! Assalamualaikum. Jangan lupa baca doa tidur ye? :) Babai.


No comments:

Post a Comment