Friday, 11 March 2011

APA PUNYA VAN DAA

Assalamualaikum. Yuhuuuuu~~ Mak dah selamat sampai di bumi Klang yang tercinta ni nokk. Dah 2 bulan tak balik. Oh betapa excitednye aku pagi tadi bangun awal mengenangkan hari ni nak balik rumah. Hihi. Alhamdulillahhhh selamat semuanya. Sampai dekat pukul 4pm tadi. Sepanjang jalan adalah hujan. Ada tempat lebat, ada tempat gerimis.

Ohhh tadi aku hampir2 eksiden weh. Kan lepas terowong Karak tu curam sangat kan, aku masa tu dah amik lane kanan sekali sebab kereta depan lambat. But then aku pun takde la laju setakat 80km/h je. Tiba2 kereta belah kiri aku brake2 pulak. Apahal? Jem ke kat depan? Sekali kauuu. Ada satu van Tiong Nam yang mempunyai pemandu kurang sivik berenti betul2 depan aku! Kau tak ke rasa nak mampus macam tu? Gila lah. Alhamdulillah aku sempat brek. Kalau tak, berdentum dah kot kat situ. Dia boleh sajakkkkk je stop kat lane paling kanan tu sambil bagi signal nak ke kiri. Eh kau baru bawak kete hari ni ke weh? Dulu masa buat license, instructor kau tak ajar ke macamana nak masuk lane lain? Boleh main stop macam tu je ye? Gila! Dah la lane laju. Kau pulak pegi berenti situ. Tension aku. Mujur jugak aku pelahan since hari hujan dan memang turun tu sangat curam.

Dalam pada marah tu, aku ada terfikir beberapa teori sempena van Tiong Nam tu duduk diam kat situ. Mari kita lihat beberapa kemungkinan baik dan jahat yang muncul dalam kepala otak aku tadi.

1. Mungkinkah kau terkejut nampak hantu kat jalan tu lalu untuk mengelakkan kecelakaan terhadap kau, maka kau stop secara tiba2? (ada ke hantu siang hari di highway??)

2. Mungkinkah kau sakit perut sampai terpaksa berentikan van kau kat situ jugak tanpa menghiraukan keselamatan diri sendiri dan orang lain?

3. Mungkinkah van kau rosak? (tak mungkin, sebab elok je aku tengok kau bawak)

4. Mungkinkah kau saje2 nak rasa seronok tengok eksiden? (ada ke orang macam ni??)

5. Mungkinkah kau nak mintak penampar dari aku? (kalau aku langgar van kau tadi, memang aku rasa nak bagi kaki aku sekali)

6. Mungkinkah kau baru belajar bawak van turun cerun? (what the... tak mungkin lahh)

Akhir sekali, mungkinkah kau tak pandai bawak van tu sebenarnye? (yaaaa ini pasti! sebab kalau kau pandai memandu, tak mungkin kau stop tanpa ada apa2 masalah kat lane paling kanan tu yang semua orang sedia tau lane untuk laju)

Jadi adik2 sekalian, tolonglah bawak kete tu elok2. Jangan main tarammm je sampai nyusahkan orang lain ye. Kalau agak2 tak biasa dengan jalan tu, silalah amik lane tengah atau kiri. Aku nasib tak terkencing je kat dalam kete tu sebab terlampau terkejut. Kereta belakang aku pun laju wehhh. Tak pasal2 aku jadi sadin cap Tiong Nam. Tapi, syukur lah tak jadi apa2. Allah masih nak aku hidup. :) Eh dah la malas nak cite pasal ni. Baik aku cite pasal cuti ni nak buat apa.

Apa eh nak buat cuti sekolah 9 hari ni? Agak2 kalau aku buat list lagi boleh tak? Hikhik. Ah malas lah pulak. Tapi yang pasti esok aku pegi Melaka, Ahad pegi Johor for my best friend's wedding reception belah laki dia. Woohoo~! Can't wait for this Sunday babe. :) Isnin inshallah balik semula sini dan . . . . . hehheehe. (senyum sendiri) ;b

So ok lah. Setakat ni dulu ye. Kalau takde apa2 cuti ni aku nak membayar hutang menepek gambar pasal sekolah kat blog ni. :D Till then!

No comments:

Post a Comment