Sunday, 27 March 2011

KEMPEN ANTIDADAH 2011

Assalamualaikum. Apa khabar yawww? Macamana weekend anda? Ada bagus atau tak berapa nak bagus? Well for me, my weekends are always the same. B.O.R.E.D. Takde perkataan lain selain itu. Titik. ;b Semalam, sekolah aku buat meeting PIBG kan. So hujung minggu kali ni terisi la sikit dengan aktiviti kat sekolah walaupun setengah hari saje. Meeting tu punya cerita entry akan datang ye. Yang kali ni aku nak cerita pasal Kempen Anti Dadah peringkat sekolah.

Kempen ni diadakan hari Khamis baru ni bersamaan 24/3/2011. Rasanya semua sekolah pun buat kempen ni pada hari yang sama jugak. Kan? Hmmm... macam biasa, bila ada kempen ni, sekolah akan panggil pegawai AADK datang untuk bagi ceramah. Macam tahun lepas, penceramah cikgu sekolah je since pegawai polis yang dijanjikan tak dapat nak hadir. But alhamdulillah untuk tahun ni, dapat panggil pegawai AADK sendiri untuk bagi talk. Cerita banyak tak guna. Ayuh lah melayans gambarsss. ZassSSssSS~~

 Barisss!

 Barissss sedia!


 Ui budakk. Baris lurus2 la sayang.

 Yaaa itu diaaa. Aktiviti pagi dimulakan dengan senamrobot senamrobik.

 Haa suami sape ni?? Angkat tangan cepattt!

 Yaa itu diaaa tolak tangan ke kirii.

 Bergerak ke hadapan.

 Tolak pula tangan ke kanannn.

 Dua orang penting. Kak Suzana dan Kak Halina.

 Yang ni pun penting. Si galah dan si katik. Ehek ehek ehek. (gelak gedik haha)

 Disebabkan ini adalah blog-suka-hati-aku, maka haruslah aku punya gambar yang lebih. Lalalalala.

 Ini juga orang penting. MC setiap majlis. :D En. Rosmaini.

 Ini dia GPK 1 kita yang baru, Pn. Razedah.

Barisan panel pendengar dan penonton. ;b

 Orang2 penting lagi.

 GPK 1 masih lagi berucap.

 Ini pula GPK HEM kita, En. Zakaria.

 Panel2 yang sama sihat seperti tuan tanah blog ni. Haha.

 Lagi orang penting sekolah. ;b Yang sorang tu punya la gigih nak bagi efek garang dengan rotan di dahi. Amacam? Garang tak i? Kahhhkahhhkahhhakkktuihhh.

 Orang2 penting yang sentiasa bekerjasama.

 Ni dia abang penceramah dari AADK. Eh abang pulak. Tuan penceramah. Tapi aku dah lupa nama dia lah.

 Masing2 khusyuk mendengar ceramah DADA DADAH.

 Abang ni pulak tukang jaga slide show. Kalau takde dia, payah le abang sorang lagi tu. (apa motif aku panggil abang? kahkahkah tak kelakar langsung)

 Akhirnyaaaa. Ceramah pun habisss. Adik2 boleh bangun ye.

 Senyum lebar budak sorang ni ye bila cikgu amik gambau. Agak2 kenapa ada lalat kat atas kepala tu? Haaa tak basuh tudung yeeee?

 Eh adik2 duduk semula. Ada lagi ni acara lain. Sabar ye adik2. Sabarrr.

 Ni la dia acaranya. Bagi hadiah.

 Terima kasih kerana sudi meluangkan masa memberi ceramah bahaya dadah kat sekolah kami. :)

 Selepas rehat, macam biasalahhh- Pertandingan Mewarna. Kali ni untuk semua tahap termasuk lah pra. Malangnya masa dah nak time balik. Jadi takde la kesempatan budak2 aku buat. Nanti kita buat dalam kelas ye anak2 ku sekalian.

 Tahun 1.

 Tahun 1 lagi.

 Tahun 3. Hamboyyyy sempat kau memposing ye kakak.

 Errr Tahun 6 kot ni.

 Mungkin Tahun 3. Ntah lah. Aku belum cam budak2 ni lagi. Hihi. Sorryy.

 Orang penting sekali lagi. Yang hijau tu Kak Idah ye namanya.

 Haaa ni tokey kempen hari ni. Turun padang mewarna bersama murid. Cayalahhhh Cikgu Amri! 

 Aikk? Siapa yang masuk pertandingan sebenarnya ni?

 Agak2 dapat ke ye hadiah tu? ;b

Pandai deme ni cari port nak mewarna. :D


Haaa setakat itu sajelah gambau pada hari kejadian. Gambar2 ni bukan aku yang amik. Tapi jurufoto pada hari kejadian yang amik. Camera je guna camera aku. Battery pulak kong masa pertandingan mewarna. Jadi sampai situ saje lahhh gamaknye. Amik2 hadiah tada sempat. Harap mahapppp lah ye. 

Ok, waktu Maghrib sudah tiba. Ayuh kita solat dan mengaji! See u later! Daaa. Assalamualaikum.

Friday, 25 March 2011

SUNYI

Assalamualaikum. Hai hai hai. Apa khabar? Sehat ke? Hope everything's just fine ya. :) Aku ni baru je balik dari hantar ibu naik bas kat Temerloh petang tadi. Oh betapa sedihnya hati ini tatkala bas berlalu pergi. Ku tahan2 air mataku dari jatuh. Ekeke. Poyos gilos ayat. Kosseerrr.

Tapi serious sedih la ibu dah balik. :'( Bermula la balik kehidupan aku berseorangan dan bersunyi-sunyian di Maran ni. Wuwuwuwuu. Takde kawan nak borak. Takde kawan makan. Takde kawan tidur. Takde kawan tengok tv. Takde kawan pegi kedai. Huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa~~ Help help helpp~~

Ni pun dah mula dah bosan ni. Nak cari osmet, aku dah nak mintak tukar. Tapi tak tau la dapat ke idak tukar tu.  Harap2 dapat lah aku pindah supaya segala kekusutan dapat diselesaikan insha Allah. :) Ibu dengan ayah pun tak payah dah nak risau2 aku duduk sensorang kat sini. Hihi. Berangan macam2 dah ni kalau dapat pindah balik Klang. Huuuuuuuuuuuu.

Eh, hari tu aku buat entry pasal abang kucing aku tu kan. Baru je puji2 dia, hari ni aku dah rasa macam tak berapa best la pulak. Jiran aku dah sound suruh buang abang sebab katanya kasut dia dikencingkan dek abang. Huhu. Maap la ye jiranku. Siap tanya aku lagi whether kasut aku dikencingkan jugak ke tak. Masalahnya takde pulak si abang ni buat perangai macam tu kat aku. Ntah lah. Tapi aku takleh nak cakap apa la kalau dah dia nak buang. Walaupun makan dalammm kan. Haihh bertambah2 sunyi la idop aku kalau abang pun dah takde. :'( Abang jangan buat perangai ye abang? Nanti orang buang kau, aku tak boleh nak tolong. Kau kena cari makan sendiri kalau ntah kat mana2 kau kena buang nanti. Kalau kat pasar tu, aku rasa ada la orang kasi kau makan nanti. Tapi kalau kat tepi2 jalan nun? Lori, kereta la makan kau. Huwaaaaa. (T__T) Tidakkk sanggup aku memikirkannya. So please behave my darling. I love u.

Haihhh. Eh perut aku berbunyik2 la pulak. Itu tandanya aku kena berenti menaip (alasan. padahal nak mentekedaghahhhhh) Huahuahua. Ok lahh. See u later. Babai.

Ehh jap jap. Baru teringat. Esok sekolah aku buat Mesyuarat Agong PIBG Kali ke-40. Apakah yang bakal berlaku esok ye agaknye? Huuu ntah2 ada yang komplen aku macam singa jadian kat sekolah. Nantikan saja esok. Kalau aku rajin aku hapdet ler esok ye. Till then! Assalamualaikum.

Tuesday, 22 March 2011

BZ BZ BZZTTTTT

Assalamualaikum. Ohoooooo hoiii! Kalau dah mata bertentang mataaaaaa, hati di dalam bagaaaaaiiii nak giiilaaaaa. Heyy~~!! (gelek serupa M. Daud Kilau) Wahahah. Saiko lagiiiii.

Apa khabar? Harap2 semua sehat lah ye. Aku ni semakin sihat alhamdulillah. Sihat menternak segala lemak di badan. :D

Takleh nak bebel panjang ni. Busyyyyyyyyyyyyyyy teramat. Banyak gilos kojo den kono buek ni a ha. Filing lah, power point lah, macam2. Sod ba ro je lahhh. Dah tugas aku. Yang menurut perintah saje lah jawabnye. (T.T)

Eh ok la eh. Nak sambung buat keje. See u later! Babai. Assalamualaikum

Sunday, 20 March 2011

ABANG

Abang..
Selalu di sampingku
Penyeri hidupku

Abang..
Tak terucap sayangku
Hingga kadang terkelu

Abang..
Kau hadir membawa erti
Membawa sinar melengkapi diri

I love you abang...











































Introduce u my lovely Abang. Heheh.

Assalamualaikum. Wakakaka. Apa? Ingat aku bersajak pasal jantan ke? No no no. Ni pasal kucing kesayangan aku kat Maran ni. :) Aku kasi nama dia Abang sebab masa mula2 aku jumpa dia kat rumah ni dia dua beradik dengan mak dia. Adik dia tu badan kecik, maka panggil la Adik. Tapi sayang, adik hilang tak sampai sebulan aku dengan ex-osmet aku jaga. Ntah mana2 la dia skarang. Maka, dari situlah Abang ni manjaaaaa sangat dengan aku. Dah dia sensorang je kan. Hihi. Bila panggil "Abang..." je dia pun menjerit2 menyahut. Gerammm je aku tengok. :P

Tapi kan, hari tu diorang buat operasi buang kucing kat sini. Sakit betol hati aku. Pasal kucing lain yang buat hal, habis semua kucing diorang nak tangkap. Benci tauuu. Emo aku kejap dengan ketua blok ni. Hihi. 

Abang ni kan, bijakkk sangat tau. Bunyi kereta dengan motor aku dia kenal. Kalau aku balik sekolah tengah hari, dia dah memekak kat tangga tunggu aku. Kadang tu siap sambut aku kat bawah. Naik tangga sama2. Hihi. Romantic kan? Bukan takat bunyik kereta dengan motor je, bunyik kunci rumah aku punnn dia kenal weh. Ada sekali tu kan, aku bawak kete lain kat sini, pastu yang lagi bestnye sekali dengan kunci rumah aku tak bawak. Bodoh gile. Terpaksa lah aku pecah segala pintu nak masuk dalam rumah. Sungguh haru ketika itu. Kaitannya dengan abang adalah, sepanjang aku bawak kete lain dan jugak takde kunci rumah tu, dia tak datang rumah aku! Sabaaaarrrr je lahhh. Sekali satu hari dia nampak kelibat aku kat garage, terus dia memekak panggil. :P Siannn sangat masa tu. Dah macam jejak kasih. Hihi.

Ni tadi ni aku sampai sini kan, langsung takde nampak kelibat kucing2. Pasrahhh dah tadi. Sekali tengah2 aku duduk2 merehatkan badan setelah drive dari Klang tadi, dengar dia memekak dari bawah tu. Aku pun apa lagi, lari la ke pintu sambil panggil2 dia. Berdesup dia datang terossss masuk rumah mintak makan. Siannn lapar sangat rupanya. Sampai licin dia makan. Menambah lak lagi. Hihi. Abang abang. 

Satu lagi pe'el dia kan, kalau aku lamaaaaaaaaaaaaa tak balik Maran ni sebab cuti sekolah, kang bila aku balik haa siap lah kena gigit dulu sebagai ucapan salam dia. Tu tandanya dia marah aku tinggalkan dia lama2. Cute kan? Tapi kalau dia gigit kuat2, memang merasa la penampar jepun aku ni. Tadi pun dia gigit jugak namun sempat ku kuis. :b

Hmm... Ok lah, cukup sampai sini dulu aku cerita pasal abang. Kang ada yang muntah hijau pulak aku cite pasal kucing kan. Tapi apa aku kesah, dah aku memang sayang kucing. What to do? Huhu. Lagipun hari sudah malam, aku mahu rest dan tidurrrr. Jom!

Nitey nite everyone! Assalamualaikum. Jangan lupa baca doa tidur ye? :) Babai.


HUWAA WAA WAA

Assalamualaikum. Weh, boleh tak sape2 bagitau kat aku hari ni hari Sabtu? Esok bukan Isnin kan? Hahahaha aku dah saiko ni sebab taknak balik Pahang. Boleh? Tidakkkk tidakkkk. Malasnye laaaa bila dah cuti seminggu ni. :(( Nak memulakan balik tu yang payah tu. Helppp helppppp. Tolonglah patah balik jadi hari Sabtu. Aku belum habis mood cuti. (ok silalah lempang sebab sampai bila pun aku akan cakap cuti tak cukop)

Ada tak sape2 yang sudi menyamar jadi aku kat sekolah esok? Hahaha. Nanda appaaaa punyaaa. Kalau lah sekolah tu bapak aku yang punya, akan aku bagi cutiii sepanjang masa. Eh boleh ke macam tu? Boleh lah, tapi lepas tu takde sape nak hantar anak2 kat skolah aku. Sobab cikgu eyy pemaleh. Hahah. Ok ok ok aku nak balik Pahang la macam ni. Takmau malas2. Tingkatkan semangat Alifah! Go go go~ (walaupun dalam hati sebona eh lain)

Bila jadi macam ni kan, tiba2 aku terfikir untuk mencari suami yang kaya dari segala segi terutama iman lah ofkos. Tapi duit pun kono la ado kan. Kalau laki tak berduit ko nak hidup dengan apa ye tak? Tanya la mana2 perempuan pun, nak ke kawin dengan laki takde apa2? Tentu sekali jawapannya tidak. Maka begitu jualah adanya diri ini. (apahal lak tiba2 aku cerita pasal nak cari laki ni??) Sebenarnya aku nak cakap, aku teringin nak mengajar anak aku sendiri macam mama ni. Menarikkk je aktiviti2 yang mama ni buat dengan anak2 walaupun tak hantar anak2 pegi tadika. Cukup lengkap aktiviti yang mama buat sampai aku rasa kalah cikgu macam aku ni. Hihi. Malu. Malu. Haa tu la dia sebenarnya aku nak cakap. Aku teringin nak buat macam tu. Membesarkan anak2 dengan tangan sendiri. :)

Tapi ada ke kena mengena dengan aku taknak balik Pahang tu? Mesti lah adaaaaaaa. Angan2 tu mesti adaaaaa. Bila angan2, automatically akan ada usaha. Bila ada usaha, insha Allah akan berjaya. Tapi sebelum itu, ayuhlah mencari suami dahulu. (kalau akak aku baca ni mesti dia cakap aku dah gatal nak berlaki)

Ok la ok la back to reality ye. (cakap pada cermin) Buat masa sekarang ni, bersyukur dengan apa yang ada di sekeliling aku kerana tak semua orang mengalami nasib yang sama macam aku kan kan kan? Lain orang lain kesahnye. Jadi, syukurrrr lahh dengan apa yang aku ada sekarang. Ada rezeki, kita upgrade sikit demi sikit. Kalau takde, kita usaha ke arah itu, ye tak? (cuba memotivasikan diri yang basi)

Petang ni lepas Asar insha Allah aku akan bertolak balik Pahang. Hopefully sampai dengan selamat. :) Amin. Ohhh ye, ibu nak ikut hari ni aku balik Pahang. (habislah aku, rumah bersepah tu) Yeayy yeayy~~ Ada la kawan aku nak borak2 kat rumah tu since aku tinggal sorang2 kan. :) Tapi kejap je ibu kat situ. Jumaat dah balik. Next week berikut tu datang semula sebab cousin aku nikah kat Kuantan. :)

Hmmm ok lah. Aku nak mandi dan mereadykan segala benda untuk dibawak balik Pahang. See u there! ;b Have a nice weekend everyone. (walaupun weekend dah nak abis lagi beberapa jam) Kohkohkoh. Assalamualaikum.

p/s: Aku tak jugak upload gambar2 aktiviti sekolah sepanjang bulan 2. Nanti2 aku upload ye. Sorry. ;)

Friday, 18 March 2011

WEDDING KONDANGAN MAJLIS PERKAHWINAN

Assalamualaikum. Cececeyyy tajukkkk kalau boleh semua bahasa aku nak letak. Tapi aku tak tau semua bahasa. Tu lah antara bahasa2 yang tercapai dek akalku. Huahuahua. Gelakkan diri sendiri. Padahal tak kelakar pun.

Hmmm kan aku cakap aku pegi Melaka hari tu sebab aku nak pegi wedding kawan aku kat Batu Pahat kan? Maka inilah entry khas untuk beliau yang ku sayang. :D So Wan Siti Munirah, here it goes. :)

Aku kenal dengan Muni time belajar kat USM dulu. Since Orientation Week. Kebetulan kos kitorang sama. Masing2 masa tu still bodoh piang tak tau hidup kat U macamana kan. Lama2 jadi rapat. Makan sama, tidur sama, (walaupun bilik lain2, tapi aku suka lepak bilik Muni) gossip sama2, kira semua benda lah aku share dengan dia. Gaduh tu ada jugak tapi biasa la kejap je. Macam adik beradik la kan. Gaduh2 cakar2 lempang2 pastu baikk balik. Macam tu lah aku dengan Muni. :)

Sampai 3rd year kitorang kat USM, Muni pun kenal dengan Azhar (hubby dia). Aku pun kenal dengan one guy ni kawan Azhar. Alahh, dah satu kos masing2 kan. Pusing2 jumpa orang tu jugak. Last2 sangkut. Maka persahabatan aku dengan Muni bersambung plak dengan cintan cintun sesama budak satu kos. Selalulah kitorang double date. :) Ohhh sungguh manis kenangan masa belajar dulu. Macam2 cerita ada. Pahit manis semua ada lahhh.

Dipendekkan cerita, (sebab aku malas nak type) habis je blajar, dapat keje, posting etc, Muni and Azhar plan nak kawin dah. Aku je kecundang. Hahaha. Ok takyah cerita pasal tu. Abaikan. June tahun 2010, diorang bertunang. Plan punya plan punya plan, Chinese New Year 2011 diorang nikah. And alhamdulillah tercapai hasrat itu. :) Diorang officially husband and wife on the 4th Feb 2011. Aku rasa time tu aku yang lelebih eksaited dari Muni. :b Hahah. Over kan makkkk. Kosseerrrr. :)) Jadi pengepit pengapit pulak tu. Lagi lah aku eksaited sebab tak penah mengapit pengantin. Menggelupur aku nak pegang payung lah, kipas lah. Apa semua aku kena pegang ni? Belum lagi tisu, belum lagi mendalah yang ko guna untuk tepek2 bedak tu. Semua aku kena pegang. Tangan aku ada 2 je. Kalau ada 8 macam octopus senang sikit. Tapi orang semua takde la gamaknya datang kenduri tu. Aku je sensorang. Dah macam alien plak kan ada 8 tangan. Hahah. Eh apa aku melalut ni?

Ok la ok la kembali ke jalan benarrrrr. Masa kenduri belah Azhar  kat Batu Pahat Ahad baru ni, aku jugakkk jadi pengapit tanpa diplan. Dah la comot. Tapi belasahhh je lahh. Bantu membantu kawan aku. ;b Esok lusa kau pulak ye Muni kapit aku? Tapi entah bila la tu kan. Huhu. Dah la, malas cerita banyak. Ayuhhhh! ZasssSS~~~

Piwiiiittttt. Merah menyala lagi tu pengantin. :)

Sebelum bersanding, meh adik ni nak silat dulu. Hiyaaapppp~~

Perghhh sluar ko tak terkoyak ke dik?

Pusing dik pusinggg.

Haa dah melutut pulak dahhh. Saspen sungguh adik ni.

Karate kaki pengantinnn~~ Hiyahhhh!!

Haha masa ni aku gelak sebab budak tu kenekan Azhar. Buat2 macam nak salam. Bila Azhar hulur tangan dia terus bangun. Kurang assammmm je. :b

Tak habis lagiii, tak habis lagi.

Haa habis dah. Baru boleh jalannn.

Ko nampak tu anak buah aku sibuk datang kat aku? Sabooo je lahh.

Simple but nice. :)

Takde satu pun gambar kat pelamin ni yang semenggah kan. Mata aku ntah ke mana2. Kejap mandang itik, kejap mandang ayam. Ye lah, kang aku pulak yang macam pengantin kalau tengok camera lelebih kan? :))

I very the like cake ni. Sangatttttt sweet. :) Kan?

Sesi potong kek guna pedang samurai. Haha.

"Pegang elok2 pedang tu"

Aku amik gambar orang belakang tu sebenarnya. Wahahahahhaa. Gila punya statement.

Alololo comelnye la kawan aku sorang ni. :)

Senyum senyum. :)

Woi kau nak buat apa angkat pedang tu macam tu? Sape yang kau nak tetak?

Haa itu macam lahhh. Baru aku tak kecut perut tengok. :)

Sesi bergambar dengan family Muni sebelum berangkat pulang ke Pahang.

:)

Pengantin with her lovely mummy and uncle. :)

"Jaga Munirah elok2 ye."

Comel kan pakai gown. :) Macam budak2. Hihi. Tapi kalau aku la yang pakai, comel jugak. Tapi takde la macam budak, macam BADAK iyo.

Gemoknye makkkkkk. (T__T)

Pengantin dengan family aku. Hihi.

:)

Helo? Helo?

Nice view. :)

Cabutan bertuah. Tapi aku tak dapat nombor ponnn. :'(

Patutnye gambau ni kat atas. Tapi ntah apa aku buat boleh terlepas kat bawah ni. Belasahhhhh.

Eh dah lah, aku tak tau dah nak bebel apa lagi. Tahniah sahabat atas perkahwinanmu. :) Aku sayang kamu. Mmmmwahsss~!! :-* Semoga perhubungan yang dibina berkekalan dan dirahmati Allah. :) Cepat2 buat anak. Opss. Censored. Hahah. Apa2 pun semoga korang berdua bahagia di dunia dan di akhirat. 

Love,
Alip