Thursday 21 April 2011

LAMA MENYEPI

Ceceyy tajuk takleh bla ye dak? Hihi. Eh, assalamualaikum. Sihat ke? Macamana kehidupan korang? Ada bagus? Ada tidak bagus? :P Heheh. As for me, macam biasa la, bz semedang. Tapi apa yang aku bzkan pun aku tak perasan. Hikssss. :P Lama dah kan aku tak cerita pasal budak2 aku? Asyik2 cite pasal cikgu diorang je. Kohkohkoh. Eh ni blog suka-hati-aku apa, maka haruslah cerita pasal aku jugak kan. Hihi.

Baru2 ni aku buat birthday party untuk budak2 yang lahir antara bulan Januari hingga April. So, dalam minggu tu, aku tak ingat dah hari apa, aku buat aktiviti "membuat topi hari lahir" sebelum hari kejadian (hari sambut birthday tu la). :D Heheh. Budak2 sangat teruja buat benda ni. Yelahhhh, ko cakap je la pasal birthday, budak mana tak suka kan? Dok terbayang kek lah, hadiah lah, bla bla bla. Tapi siannn diorang. Takde la mewah pun sambutan kali ni. Sebab sebab sebab cikgu dia mengalami kejatuhan ekonomi sikit. :P Hihi. Takpe, next time kita buat elok2 ok sayangsss? Insha Allah. :)

Meh lah layan gambar. ZassSSssS~~!!

 Semasa proses menghasilkan birthday hat. :D

 PPM aku pun buat yang dia punya. :D Aku????

 Tadaaaaaa! Dah siappp! :D Comel kan diorang hias. :P

 Hamboyyy yang sorang tu siap peace lagi. ;P

 Haa yang baju lain daripada lain tu budak yang baru masuk walaupun dah lama daftar. :P

 :)

:)

:D Eh ada jugak rupanya cikgu dia. Hek hek hek. Cikgu dia malas nak hias lelebih. Loveee jugakkk yang dibuat. :P 

Amacam? Ok tak birthday hat budak2 aku? Hihi. Senang je nak buat. Bahan2 adalah seperti di bawah ye:- (walaupun aku tau korang tau apa bahannya, aku tetap nak bagitau)

1. Kad manila
2. Kertas warna warni. Ikut suka korang
3. Gunting
4. Gam

Cara2nya adalahhhh:-
1. Ukur kepala budak.
2. Bentukkan kad manila seperti kon.
3. Staple jeeeee lepas tu. :P
4. Bagi kat budak suruh diorang hias sendiri guna kertas pelbagai warna pilihan diorang sendiri.


Kesimpulannya, daripada aktiviti ni, kita boleh dapat tau tahap kekreatifan budak2, perasaan mereka, warna kegemaran mereka dll. :) Lain budak, lain minatnya. Lain budak, lain la hasilnya. Macam kita jugak kan. :) Maka, terima je la apa pun yang budak2 tu hasilkan untuk diri diorang. Tapi dalam pada tu bimbing la mereka supaya benda yang diorang buat takde nampak mengarut. Kang buat kawan2 gelak je. Lagi malu. Huhu.

Eh tiba2 aku berayat skema. Bagi nasehat la katakan. Hihihi. Ok, selamat mencuba ye kawan2! Aku nak tido. Sudah terlalu lewat!

Mimpi indah! Assalamualaikum. 

p/s: entry yang akan menyusul adalah birthday party. Tengok tahap kerajinan ye. :P 

No comments:

Post a Comment